السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاته
. بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم
ٱلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلْعَـلَمِين۞ ٱلرَّحْمَـنِ ٱلرَّحِيم۞
مَـلِكِ يَوْمِ ٱلدِّين۞إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ۞ ٱهْدِنَا ٱلصِّرَطَ ٱلْمُسْتَقِيمَ۞صِرَطَ ٱلَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ۞ غَيْرِ ٱلْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ ٱلضَّاۤلِّينَ۞
DOA HARI SABTU
03/01/2015
(12 Rabiullawal 1436H)
بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العلمين، والصلاة والسلام علي محمداشرف المرسلين و علي اله وصحبه اجمعين
Ya Allah Ya Jabbaru,
Kami memohon kehadratMu pada 12
Rabiullawal ini, berikanlah kami kekuatan taufiq dan hidayah agar dapat kami memperbaiki diri kami. Dorongkanlah kami mempertingkatkan keimanan kami didalam menambah ilmu aqidah al-Quran serta amalan2 yang baik kpd kami.
Ya Allah Ya Rabb...
Berikanlah rezeki yang mencukupi lagi halal dan diberkati, rumahtangga yang bahagia, zuriat yang soleh dan solehah, usia yang berkat, doa yang mustajab, hajat yang tertunai, kesihatan yang berterusan, hutang yang terbayar, keselamatan dan kesejahteraan dunia dan akhirat.
Ya Allah Ya Ghafar, pelihara dan muliakanlah hubungan persahabatan jua tali silaturahim antara kami agar jgn ada perasaan ego dan meninggi diri. Campakkanlah kedamaian kedalam hati kami.
Ya Allah Ya Rahman, kami memohon keampunan ke atas segala dosa-dosa kami, dosa kedua ibubapa dan mertua kami, dosa anak-anak dan pasangan kami serta seluruh ahli keluarga kami. Didiklah kami untuk sabar dalam meniti liku-liku hidup ini.
AMBILLAH AQIDAHMU
(Dari Al-Quran Dan As-Sunnah Yang Sahih)
TAUHID DAN FAEDAHNYA
Dan sesungguhnya kami telah mengutuskan Rasul pada setiap umat "beribadahlah kpd Allah SWT sahaja, dan jauhilah thaagut (benda/perkara selain Allah) itu".
(QS An-Nahl:36)
Selawat dan salam keatas junjungan kami Nabi Muhammad SAW serta ahli dan para sahabatnya. Segala puji pujian hanya utkMu Ya Allah Ya Rabbal Alaamiin.
Mari Berzikir:
(Bersihkan Hati)
SubhanAllah Hil Adzim
Mutiarakata:
Jangan sesekali merungut jika hasil yang diterima tidak banyak kerana tiada siapa yang mahukan kekurangan dalam kehidupan.
Bila mana ada orang memuji kita lihatlah kekurangan diri kita .